fbpx

Cuaca baik di Semenanjung Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keadaan cuaca pada pagi ini adalah baik apabila hujan hanya berlaku di dua negeri di semenanjung Malaysia serta beberapa daerah di Sabah dan Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam ramalan cuacanya berkata, pada pagi ini hanya Selangor dan Negeri Sembilan mengalami hujan manakala tiada hujan di negeri-negeri lain.

Sementara itu, di Sabah pula terdapat hujan di daerah Pantai Barat, Sandakan dan Kudat.

Di Sarawak pula, hujan kini melanda daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Dalam perkembangan lain, MetMalaysia memaklumkan berlaku gempa bumi sederhana di Barat Daya Sumatera, Indonesia pada pukul 7.26 pagi tadi.

Gempa bermagnitud 5.2 skala Richter tersebut katanya berlaku 0.0 darjah Selatan dan 97.5 darjah Timur, 149 kilometer (km) Selatan dari Nias,Indonesia.

“Gempa itu berlaku pada kedalaman 39 km.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami diberikan kepada Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI