fbpx

Budak 9 tahun tertelan berus gigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berus gigi elektronik berjaya dikeluarkan dari perut pesakit. – Jam Press

JEDDAH – Sepasukan doktor di Arab Saudi berjaya mengeluarkan sebatang berus gigi elektronik dari dalam perut seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun tanpa melibatkan prosedur pembedahan, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), kanak-kanak tersebut dibawa ke unit kecemasan sebuah hospital di Mekah selepas didakwa menelan berus gigi.

Dewan Kesihatan Mekah berkata, selepas melakukan pemeriksaan awal dan menjalankan beberapa analisis bagi mengesan lokasi sebenar peranti itu di dalam sistem pencernaan, doktor-doktor mendapati ia berada di dalam perut pesakit.

Doktor kemudian memutuskan bahawa ia perlu dikeluarkan agar tidak menyebabkan berlakunya masalah usus tersumbat sekiranya dibiarkan.

Berus gigi itu kemudian berjaya dikeluarkan menggunakan endoskop menerusi satu prosedur selama 20 minit tanpa pesakit mengalami sebarang komplikasi.

Kanak-kanak berkenaan dilaporkan telah dibenarkan keluar dari hospital dan kini semakin sihat.

Punca kejadian yang menyebabkan kanak-kanak itu menelan berus gigi tersebut bagaimanapun tidak dinyatakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI