fbpx

Bomba bantu tanggal cincin emas warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menanggalkan cincin emas tersangkut di jari tengah Munah di Klinik Kesihatan Chegar Perah di Lipis semalam.

LIPIS – Seorang warga emas melalui detik cemas dan terpaksa menahan sakit apabila cincin emas dipakainya tersangkut pada jari sehingga menyebabkan jari tengahnya membengkak.

Akibat kejadiaan itu, Munah Tawang, 87, yang dibawa ke Klinik Kesihatan Chegar Perah di sini terpaksa mendapatkan bantuan pihak bomba bagi memotong cincin berkenaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lipis, Haslizan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 4.03 petang semalam dan bergegas ke klinik kesihatan berkenaan.

“Tiga orang anggota bomba tiba di Klinik Kesihatan Chegar Perah pada pukul 4.57 petang dan berjaya menanggalkan cincin emas itu dengan mengambil masa selama hampir 15 minit.

“Kerja menanggalkan cincin emas ini dengan peralatan khas dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan jari tangan mangsa berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Haslizan, anggota bomba menggunakan alat pemotong khas untuk mengeluarkan cincin itu dan mangsa tidak mengalami kecederaan dengan hanya sedikit kesan bengkak di jari.

Ujarnya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati memakai alat aksesori seperti cincin di jari atau gelang di pergelangan tangan yang berkemungkinan sukar ditanggalkan sekiranya pemakaian dalam tempoh yang panjang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI