fbpx

Bilik sewa besar kabinet harga RM290 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar-gambar bilik sewa tersebut yang diiklankan pemilik menerusi media sosial.

PETALING JAYA- Kecoh di media sosial apabila seorang pemilik mengiklankan sebuah bilik yang hanya sebesar kabinet namun harganya bermula dari RM290 sebulan.

Gambar yang dimuat naik oleh @Pelabur_Bijak dalam satu ciapan menunjukkan bilik itu hanya boleh memuatkan satu tilam, dan penyewa terpaksa merangkak jika mahu keluar.

Difahamkan, bilik yang kelihatan seperti kabinet itu juga dikongsi secara beramai-ramai namun dalam ruang yang berbeza.

“Janganlah layan agenda cuba untuk bawa budaya bilik kecil Hong Kong di sini. Cari lah tiga hingga empat orang yang nak sewa satu unit flat terus. Sekurang-kurangnya tidak perlu merangkak keluar bilik,” ciapnya.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah mendapat 2,691 perkongsian dan 2,971 tanda suka.

Susulan ciapan itu, rata-rata pengguna juga menyatakan ketidakpuashatian terhadap keadaan bilik yang sangat kecil dimana ia tidak selari dengan harga dikenakan oleh pemilik.

Kata mereka, premis seperti ini kebiasaannya ditawarkan buat penyewa yang ingin menetap secara harian dan bukannya bulanan.

“Tidak berperikemanusiaan. Menteri perlu pantau dan buat undang-undang khas untuk sewaan. Kecil sangat bilik ini untuk buat sewa,” komen seorang netizen.

“Lepas ke bilik macam ini dengan Jabatan Bomba? Bahaya ini kalau ada kebakaran,” komen netizen yang lain pula.

Ada juga pengguna yang pernah menetap di premis seperti itu di sekitar Damansara, gara-gara kerana ingin mendapatkan sewa yang murah.

“Saya pernah menyewa disini, sebab ingin cari bilik sewa murah. Tidak sangka ramai menyewa juga, campur lelaki dan perempuan. Saya doakan mereka murah rezeki supaya dapat keluar dan duduk di tempat yang selesa,” ciap seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI