fbpx

Zambry bertemu pemimpin Nahdlatul Ulama di Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry bertemu Yahya di Ibu Pejabat Nahdlatul Ulama di Jakarta, Indonesia, hari ini. - Foto ihsan Wisma Putra

PUTRAJAYA- Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, berkesempatan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Nahdlatul Ulama (NU) di ibu kota Indonesia, hari ini.

Wisma Putra menerusi hantaran laman media sosialnya berkata, sesi berkenaan diadakan di ibu pejabat organisasi Islam itu di Jalan Kramat Raya, Jakarta, tadi.

“Beliau berpeluang untuk berjumpa sendiri dengan Ketua Umum NU, Kiyai Haji Yahya Cholil Staquf yang juga pengerusi badan bukan kerajaan republik itu,” katanya.

Pertubuhan berteraskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah itu ditubuhkan pada 1926 lalu dengan ketika ini dianggarkan memiliki sejumlah 96 juta ahli tetap di seluruh Indonesia.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, Zambry turut mengalu-alukan inisiatif NU dalam menganjurkan muktamar yang bertaraf antarabangsa di Surabaya pada tahun depan.

“Persidangan kemuncak bakal disertai pelbagai ilmuwan Islam dari seluruh dunia itu akan membincangkan mengenai Fiqh al-Hadharah atau perundangan ketamadunan.

“Saya juga memberikan jaminan dengan bahawa ramai tokoh Islam dari Malaysia akan hadir pada muktamar yang julung kali dikelolakan oleh organisasi berkenaan,” jelasnya.

Terdahulu pada sebelah pagi, Zambry yang dalam rangka lawatan rasmi kali pertama ke Indonesia bertemu rakan sejawatnya, Retno Marsudi di Gedung Pancasila, Jakarta.

Kedua-dua mereka mengambil peluang membincangkan pelbagai isu dua hala termasuk melibatkan perbatasan sempadan maritim dan darat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI