fbpx

Woo-bin jadi ‘Santa Claus’ ceriakan Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM WOO-BIN

PELAKON popular Kim Woo-bin ada cara tersendiri meraikan sambutan Krismas apabila bertindak menghantar hadiah-hadiah istimewa buat kanak-kanak di hospital pediatrik Asan Medical Centre, Seoul.

Perkara tersebut juga telah disahkan oleh pihak agensinya AM Entertainment.

Meskipun pada hari cuti umum, Woo-bin dalam diam melakukan persediaan menghantar hadiah kepada sekitar 200 kanak-kanak penghuni wad hospital berkenaan.

Bersama-sama beg ‘santa’ yang dibawa, pelakon series televisyen The Heirs itu menghadiahkan peralatan seni, botol minuman, dan sedikit mesej untuk menceriakan kanak-kanak di sana.

Woo-bin turut memuat naik status Instagram mendoakan kanak-kanak di situ sihat dan gembira.

Pada awal Januari lalu, pelakon berusia 33 tahun itu pernah mendermakan 100 juta won (RM 350,000) untuk kegunaan hospital tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI