fbpx

Tukang cat berdepan penjara 10 tahun, tipu duit warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Seorang tukang cat berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memperdayakan warga emas membabitkan kerugian RM11,680, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Zukhairi Mohd. Azmi, 38, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdayakan Liew Tian Foo, 68, dengan menawarkan tender pembelian barangan terpakai di Gudang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Perbuatan itu mendorong Tian Foo menyerahkan wang berjumlah RM11,680 iaitu dengan serahan tunai berjumlah RM480 dan memasukkan RM11,200 ke dalam akaun bank milik tertuduh antara 30 Oktober 2015 hingga 20 Januari 2015.

Bagi kesalahan tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan denda.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan hanya bekerja sebagai tukang cat dan menanggung tujuh ahli keluarga termasuk isterinya yang sarat mengandung.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dan menetapkan tarikh 9 Februari depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI