fbpx

TM lepaskan konsesi operasi Menara KL, fokus perniagaan teras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menara KL.

PETALING JAYA – Kumpulan teknologi digital dan telekomunikasi, Telekom Malaysia Bhd. (TM) memaklumkan bahawa pihaknya telah memutuskan untuk tidak memperbaharui konsesi operasi dan penyelenggaraan Menara KL (MKL) sejak 2021, bagi memberikan tumpuan kepada perniagaan teras.

Katanya dalam satu kenyataan, MKL adalah milik kerajaan, manakala operasi dan penyelenggaraan menara berkenaan diberikan di bawah konsesi.

Jelasnya, TM melalui anak syarikat milik penuhnya, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) telah melaksanakan konsesi itu sejak 1996.

“Sebagai sebahagian daripada program transformasi perniagaannya, TM menumpukan usaha dan sumber bagi mengukuhkan perniagaan terasnya iaitu telekomunikasi dan teknologi.

“Selepas pertimbangan yang sewajarnya mengenai perubahan sifat perniagaan MKL daripada perkhidmatan telekomunikasi kepada pelancongan dan hospitaliti, TM telah memutuskan pada Oktober 2021 untuk tidak memperbaharui konsesi MKL dan telah memaklumkannya kepada kerajaan.

“Seterusnya pada tahun ini, proses pemilihan syarikat konsesi baharu itu telah dilaksanakan kerajaan, yang mana TM dimaklumkan mengenai syarikat yang dilantik untuk mengambil alih saham MKLSB dan konsesi MKL.

“MKLSB akan terus mengendalikan konsesi dan memastikan kesinambungan operasi MKL untuk orang awam tempatan termasuk pelawat antarabangsa,” katanya.

TM menambah, kakitangan sedia ada akan kekal bekerja dengan MKLSB di bawah syarikat konsesi baharu pada kadar minimum tempoh tiga tahun bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara ketika peralihan.

“Dalam pengumuman keputusan kewangan suku tahun ketiga 2022 TM kepada Bursa Malaysia, rujukan telah dibuat mengenai perubahan kepada pegangan saham dalam MKLSB.

“TM mengamalkan tadbir urus yang baik dan ketelusan dalam usaha perniagaan dan akan memberikan kerjasama dan pendedahan penuh seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI