fbpx

Taiwan lanjut tempoh khidmat tentera kepada setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tempoh latihan khidmat tentera Taiwan dilanjutkan kepada setahun bermula 2024 berbanding empat bulan ketika ini. - AFP

TAIPEI – Taiwan melanjutkan tempoh khidmat ketenteraan wajibnya dari empat bulan kepada satu tahun di tengah-tengah peningkatan ketegangan konflik dengan China, lapor agensi berita United Press International semalam.

Di bawah rancangan baharu tersebut yang akan berkuat kuasa pada 2024, pasukan kerahan tenaga itu akan menjalani latihan lebih keras dan bakal ditugaskan untuk menjaga infrastruktur-infrastruktur utama.

Ia bertujuan bagi membolehkan pasukan tentera awam itu bertindak balas dengan lebih pantas sekiranya berlaku sebarang percubaan oleh China untuk menyerang pulau tersebut.

“Selagi Taiwan cukup kuat, ia akan menjadi ‘rumah’ kepada demokrasi dan kebebasan serta tidak akan menjadi medan perang.

“Taiwan ingin memberitahu dunia bahawa antara demokrasi dan diktator, kami sangat percaya kepada demokrasi.

“Antara perang dan keamanan, kami menekanakan keamanan. Marilah kita menunjukkan keberanian dan keazaman untuk melindungi Taiwan dan mempertahankan demokrasi,” kata Presidennya, Tsai Ing-wen.

Kerahan tenaga baharu itu akan dilaksanakan pada awal tahun 2024 dan diwajibkan ke atas individu lelaki yang lahir selepas tahun 2005, kata Ing-wen.

Sejak 2013, Taiwan menetapkan bahawa lelaki yang berusia lebih 18 tahun perlu berkhidmat selama empat bulan dalam tentera dengan lima minggu pertama berada dalam kem latihan asas

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah tindakan lebih agresif China apabila Ahad lalu apabila Beijing mengerahkan 47 pesawat melintasi garis tengah Selat Taiwan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI