fbpx

Sudah jadi suami orang pun masih hantar mesej lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dikecam selepas bertindak menghantar gambar tidak senonoh terhadap seorang wanita ketika memberi komen di Instagram.

Perkongsian itu dimuat naik oleh wanita berkenaan menerusi hantarannya di Twitter, @AdrianaElysaa yang memaparkan perbualan lucah dikirim oleh lelaki berkenaan.

“Sudah menjadi suami orang pun, masih berperangai seperti ini lagi,” katanya menerusi ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Tambahnya, dia sudah memaklumkan perangai tidak senonoh lelaki tersebut kepada isterinya tetapi seolah-olah tidak dipedulikan.

“Saya sudah menjalankan tanggungjawab saya. Semoga suami isteri dapat menyelesaikannya dengan cara yang elok,” ujarnya.

Sehubungan itu, hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan lelaki berkenaan.

“Sejak isteri mengandung sampailah isteri bersalin, perangai tidak berubah-ubah. Kasihan sungguh isteri dia,” komen seorang pengguna Twitter, @yayasofea_

“Luluhnya hati isteri dia, dapat tahu perangai suaminya yang sebenar. Betullah, sudah dapat isteri yang cantik pun jika tidak ada rasa bersyukur dalam diri, memang tidak akan cukup juga,” kata pengguna lain, @feaa_aa.

Seorang lagi pengguna, @hsnnrnn mendedahkan bahawa sebelum ini, Izzat pernah melakukan kesalahan yang sama sewaktu isterinya sedang sarat mengandung.

“Perempuan tersebut bertindak menghantar pesanan kepada isteri lelaki terbabit dan memberitahu perangai suaminya itu.

“Namun, si isteri pula menjawab, ‘dia suami dan saya perlu taat dan tidak derhaka kepadanya’,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI