fbpx

Russia enggan jual minyak kepada sekutu Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar arkib pada 10 April 2011 menunjukkan pelantar minyak LSP-1 milik syarikat Lukoil di Laut Caspian, kira-kira 180 kilometer di luar Astrakhan, Russia. - AFP

MOSCOW – Russia mengumumkan kelmarin bahawa ia akan mengharamkan penjualan minyak mentah kepada negara-negara dan syarikat-syarikat yang mematuhi harga siling yang dikenakan oleh Barat awal bulan ini, lapor saluran berita CNBC.

Keputusan tersebut merupakan tindak balas terhadap harga siling yang dikenakan Barat bagi mengurangkan perolehan minyak mentah Russia dalam langkah memberi tekanan ke atas pencerobohannya di Ukraine.

Menerusi harga siling yang berkuat kuasa 5 Disember lalu, para peniaga perlu mematuhi persetujuan untuk tidak membayar melebihi AS$60 (RM266) setong bagi minyak mentah Russia.

Ia bagi membolehkan mereka mengekalkan akses kepada pembiayaan Barat bagi aspek penting perkapalan global seperti insurans.

Namun, dekri terbaharu daripada Presiden Vladimir Putin yang disiarkan di portal kerajaan dan laman web Kremlin itu adalah tindak balas langsung kepada tindakan ‘tidak mesra’ dan bercanggah dengan undang-undang antarabangsa oleh negara-negara Kumpulan Tujuh (G7), Australia dan Kesatuan Eropah (EU).

Larangan eksport itu menyebut Moscow akan menghentikan penjualan minyak mentah dan produk berasaskan minyak kepada negara-negara yang mengambil bahagian dalam persetujuan harga siling tersebut dengan tempoh kuat kuasa dari 1 Februari hingga 1 Julai 2023. 

Dekri itu bagaimanapun akan memberi ‘pengecualian khas’ kepada beberapa negara yang berada di bawah larangan tersebut.

Russia ialah pengeksport minyak mentah kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi dan sebarang gangguan jelas terhadap jualannya akan membawa akibat yang meluas untuk bekalan tenaga global. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI