fbpx

Ruhainies minta henti gosip bercinta dengan anak ahli politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES meminta pihak bertanggungjawab menghentikan perbuatan mereka cerita tidak benar tentang dirinya yang dikatakan bercinta dengan anak seorang ahli politik.

PETALING JAYA – Tak semena-mena nama pelakon Ruhainies tiba-tiba dikaitkan dengan dakwaan bercinta dengan anak kepada seorang ahli politik sejak kebelakangan ini.

Tidak suka dengan gosip yang bertebaran mengaitkan dirinya, Ruhainies, 30, berkata, cerita palsu sebegitu boleh mendatangkan fitnah kepadanya.

“Saya tak marah atau melenting. Saya faham sangat selagi belum kahwin, selagi itulah macam-macam spekulasi akan keluar. Saya okey sahaja. Itu lumrah sebagai selebriti.

“Tetapi kalau awak mereka cerita hanya untuk kepuasan sendiri atau ada niat tertentu atau tidak baik, itu salah,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Tambah pelakon drama Puteri Reunion itu lagi, dia ada banyak lagi perkara yang boleh dilakukan selain bercinta dan paling penting, dirinya bebas untuk berkawan dengan sesiapa pun.

“Saya ada banyak lagi benda bermanfaat nak dibuat selain asyik sibuk nak bercinta.

“Jadi tolong, hentikan khabar angin ini. Pihak yang tidak bertanggungjawab, tolong hentikan mereka cerita,” tegasnya.

Khabar angin mengaitkan Ruhainies dengan dakwaan bercinta hangat diperkatakan selepas dia dilihat aktif dalam kempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu.

Sebelum ini, Ruhainies mengakui dia mengambil pendekatan tidak lagi menjaja kisah cintanya bersama jejaka dikenali sebagai Mr. E dalam media sosial.

Tindakan tersebut dibuat seiring dengan peningkatan usianya selain mahu lebih berhati-hati dalam berkongsi setiap perkara kepada umum. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI