fbpx

PNB beri kerjasama isu pasangan Russia ceroboh Menara Merdeka 118

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular gambar dua pasangan warga Russia dikatakan menceroboh Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan tular pasangan dipercayai warga Russia dikatakan menceroboh Menara Merdeka 118.

Jurucakap PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad dalam kenyataannya menjelaskan, siasatan terhadap perkara tersebut sedang dijalankan.

“Kami ingin menekankan bahawa pembangunan Menara Merdeka 118 masih berjalan secara langsung di tapak pembinaan dan keselamatan tetap menjadi keutamaan kami.

“Sebagai harta persendirian, mana-mana penceroboh akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya mengikut undang-undang,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan aksi pasangan tular dipercayai warga Russia menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memanjat ke puncak pencakar langit berkenaan dikecam orang ramai.

Pasangan yang terkenal dengan aksi memanjat puncak pencakar langit berkenaan menjadi bualan warga tempatan selepas gambar mereka berdua di puncak menara itu dimuat naik melalui sebuah forum dalam talian.

Semalam, beberapa portal media turut melaporkan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pasangan dari Russia yang dipercayai menceroboh bagi memanjat Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman dipetik berkata, pihaknya akan memanggil pasangan berkenaan untuk dirakam keterangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI