fbpx

Penunggang motosikal parah rempuh MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal parah rempuh kereta di Jalan Mata Ayer-Jejawi di Arau, hari ini.

ARAU – Seorang lelaki cedera parah selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Jalan Mata Ayer-Jejawi dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal di belakang sebuah MPV jenis Nissan Grand Livina dari arah Mata Ayer menghala Jejawi.

Katanya, sewaktu melepasi jejambat di Mata Ayer, pemandu MPV secara tiba-tiba membelok ke sebelah kanan dipercayai untuk membuat pusingan U menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan tersebut.

“Mangsa tidak sempat mengelak berikutan jarak terlalu dekat dan telah melanggar bahagian sisi kanan hadapan MPV itu.

“Lokasi kejadian merupakan laluan garisan berkembar dan tidak dibenarkan membuat sebarang pusingan U,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa mengalami cedera parah di bahagian muka dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Pemandu MPV berusia 42 tahun mengalami kecederaan ringan iaitu luka di tangan kiri akibat kejadian,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN