fbpx

Pengalaman berharga buat Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Harimau Malaya jelas kecewa selepas tewas 0-3 kepada Vietnam pada aksi Kumpulan B, Piala AFF di Stadium My Dinh, Hanoi kelmarin. – FLASH SUKAN

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui anak-anak buahnya sudah mencuba sehabis baik untuk menamatkan kemarau kemenangan ke atas Vietnam sebelum tewas 0-3 pada aksi Kumpulan B saingan Piala AFF 2022 kelmarin.

Pada aksi di Stadium My Dinh, Hanoi itu, skuad Naga Emas yang beraksi selaku tuan rumah tidak mempunyai masalah untuk me­lakar kemenangan bergaya hasil jaringan Nguyen Tien Linh, Que Ngoc Hai dan Nguyen Hoang Duc.

Malah, saingan tersebut dibaya­ngi beberapa insiden kontroversi melibatkan pengadil dari Jepun, Ryuji Sato selepas la­yangkan kad merah kepada Azam Azmi Murad selain memberi sepakan penalti kepada lawan.

Menurut Pan-gon, tiada apa yang perlu dikesalkan kerana Vietnam layak untuk menang dan Malaysia perlu fokus untuk mengharungi aksi terakhir bertemu Singapura, Selasa depan.

“Tahniah diucapkan kepada Vietnam kerana mereka layak menang dan maaf juga kepada peminat bola sepak Malaysia kerana gagal memberi keputusan yang membanggakan.

“Secara peribadi, kita memiliki beberapa peluang untuk menang perlawanan ini tetapi ada insiden yang berlaku yang mana saya tidak boleh mengulas sehingga analisa penuh dapat dibuat.

“Namun, harus diakui situasi itu menyukarkan harapan pasukan untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan.

“Cuma, kami membawa pasu­kan muda dan saya bangga dengan komitmen diberikan terutama dalam mendapatkan pengalaman berharga susulan kekalahan ini,” kata pengendali import dari Korea Selatan itu.

Skuad negara masih lagi memiliki peluang untuk layak ke peringkat separuh akhir pada kejohanan bola sepak berprestij Asia Tenggara kali ini tetapi perlu menewaskan Singapura pada aksi terakhir Kumpulan B, Selasa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI