fbpx

Operasi kekang pelesit rempit di P. Pinang bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol (kiri) ketika sidang akhbar Operasi Sempena Tahun Baharu 2023 bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, di IPK Pulau Pinang, di sini hari ini. FOTO/ IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan mengadakan tindakan pencegahan bersepadu (Op Ambang Tahun Baharu 2023) bermula esok hingga 1 Januari 2023 bagi mencegah aktiviti samseng jalanan dan kegiatan jenayah di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, Op itu diadakan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam dijaga dan semua pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal mematuhi undang-undang.

”Op ini melibatkan kekuatan anggota secara keseluruhan seramai 1,081 yang terdiri daripada 149 pegawai dan 932 anggota.

”Operasi ini dilancarkan di seluruh Kontinjen Pulau Pinang melibatkan lima daerah dan ia akan turut dibantu dengan kerjasama agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan lain-lain agensi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, operasi ini juga akan ditumpukan di kawasan-kawasan hotspot yang telah dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan mat-mat rempit.

“Kita telah kenal pasti 12 hotspot yang menjadi lokasi mat-mat rempit ini berkumpul dan melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Selain daripada 12 kawasan hotspot ini, kami juga akan menjalankan operasi di lain-lain lokasi dan menjalankan pemeriksaan ke atas motosikal-motosikal yang diubah suai dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, tindakan sitaan kenderaan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan diambil sekiranya pemilik motosikal didapati mengubahsuai motosikal secara haram.

Dalam pada itu, katanya, sepanjang Januari hingga Disember tahun ini, seramai 108 mat rempit telah ditahan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

”Operasi samseng jalanan ini akan berterusan sepanjang tahun 2023 dengan menumpukan pemeriksaan di bengkel-bengkel haram yang menjalankan kegiatan modifikasi tanpa kebenaran,” katanya.

Sementara itu, katanya, Op Ambang Tahun Baharu 2023 juga memfokuskan kepada pencegahan jenayan dan operasi parking haram yang dilakukan di kawasan yang telah dikenalpasti terutama di kawasan tumpuan pelancong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI