fbpx

Marion Caunter tampil jelas mengapa masih sambut Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara beberapa gambar yang dimuatnaik oleh Marion dalam laman Instagramnya yang memaparkan dia dan keluarga sedang meraikan perayaan Krismas.

PETALING JAYA – Selebritil terkenal, Marion Caunter sekali lagi mencuri perhatian sekaligus menjadi perbualan orang ramai dalam media sosial apabila dia dan keluarga dilihat menyambut perayaan Krismas atau Hari Natal.

Menerusi sebuah hantaran dalam Instagram, Marion atau nama sebenarnya Marion Rose Caunter, menegaskan bahawa dirinya beragama Islam selepas berkahwin dengan SM Nasarudin pada tahun 2010.

Sebagai respons kepada kritikan netizen, isteri kepada ahli perniagaan terkenal itu menyatakan bahawa perayaan Krismas sangat penting untuk diri dan hidupnya kerana sudah meraikan perayaan tersebut selama 30 tahun.

“Kami sambut Krismas sebab sudah meraikannya selama 30 tahun sebelum saya berkahwin dengan Nasa, Krismas adalah sebahagian besar dan penting dalam hidup saya.

“Mendiang ayah saya akan memastikan kami berada bersama-sama menyambut Krismas setiap tahun, ianya sangat bermakna buat ayah saya malah saya akan terus menghormatinya dengan meneruskan tradisinya dengan anak-anak saya”, ujarnya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen, selebriti seperti Awal Ashaari, Hunny Madu dan beberapa artis lain turut menyokong kenyataan Marion dan turut bersimpati dengannya kerana perlu menjelaskan hal itu setiap kali perayaan Krismas tiba.

“Saya bersimpati kalian harus menjelaskan hal ini setiap tahun,” tulis Awal Ashaari.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meminta Marion untuk merujuk perkara ini kepada agamawan yang pakar agar akidah tidak terpesong dan harus beringat bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.

“Krismas adalah perayaan agama. Takpe, bolehlah merujuk dengan ustaz dan ahli agamawan dahulu sebelum jadi apa-apa. Pastikan berilmu dan beramal dengan betul, matlamat tidak halalkan cara,” komen seorang netizen.

“Dalam setiap Muslim harus ada perjuangan. Awak tidak boleh ambil semua yang seronok dalam budaya dan agama lain sebagai gaya hidup. Saya percaya kita semua perlu belajar apa itu menjadi Muslim. Ianya bukan penghakiman atau diskriminasi, tetapi lebih kepada pemahaman. Ianya dua yang berbeza,” komen netizen yang lainnya.

Untuk rekod, Marion mendirikan rumah tangga dengan pewaris Naza Group, SM Nasarudin pada Disember 2010, dikurniakan tiga cahaya mata, Leia, Lana dan Liam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI