fbpx

Mangsa banjir belum terima bantuan diminta buat laporan semula pada PDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tiga kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta gerak gempur SPM 2022 di SJKT Midlands, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor meminta mangsa banjir tahun lalu yang belum mendapat bantuan daripada Kerajaan Pusat dan negeri supaya membuat laporan semula kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) kawasan kediaman mereka.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, laporan semula ini perlu bagi membolehkan kerajaan negeri membuka semakan semula berhubung permohonan bantuan yang telah dibuat mereka sebelum ini.

“Memang saya terima banyak laporan yang mengatakan ramai mangsa banjir yang belum menerima bantuan (dari Kerajaan Pusat dan negeri). Namun, semakan perlu dibuat bagi memastikan bahawa mereka benar-benar layak mendapat bantuan.

“Mana-mana mangsa yang tidak menerima bantuan disebabkan mereka tidak layak, kita akan semak semula kenapa mereka tidak layak terima bantuan itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis ‘Capacity Building’ Gerak Gempur SPM 2022 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Midlands, di sini, hari ini.

Berhubung isu bantuan Kerajaan Pusat, Amirudin memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan menghubungi pihak Kerajaan Pusat bagi mengetahui status penerima bantuan tersebut.

Ujarnya, bantuan yang paling banyak tak diterima oleh mangsa banjir adalah bantuan baik pulih.

“Pengerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor belum lagi dilantik walaupun secara kebiasaannya, pengerusi ICU adalah Menteri Besar.

“Sekiranya Pengerusi ICU Selangor sudah dilantik, saya pasti isu ini dapat ditangani secara menyeluruh,” tegasnya.

Kosmo! semalam melaporkan sekumpulan 30 penduduk Pangsapuri Jaya, Bukit Jelutong di sini menuntut agar kerajaan melunaskan janji untuk memberi bantuan RM5,000 sebagai pampasan membaiki rumah mereka yang rosak teruk akibat banjir tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI