fbpx

Manchester United harus terus mengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD (kanan) meraikan jaringan pembukaan United ketika menewaskan Nottingham Forest 3-0 pada aksi EPL di Old Trafford awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Kemenangan keempat berturut-turut dilakar Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Nottingham Forest 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Old Trafford awal pagi semalam.

Tiga gol menerusi Marcus Rashford, Anthony Martial dan Fred sudah cukup bagi memastikan skuad The Red Devils meneruskan pemburuan mereka untuk berada dalam kelompok empat teratas liga.

Pengurus United, Erik ten Hag bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kemenangan itu memandangkan beliau menganggap mereka sepatutnya menang menerusi jumlah jaringan yang lebih besar.

“Dalam bilik persalinan, saya sudah cakap kepada semua pemain bahawa kami perlu jaringkan lebih banyak gol kerana kami mencipta banyak peluang terbaik sebelum gol ketiga itu.

“Semua pemain tahu kami perlu ‘bunuh’ perlawanan lebih awal, mungkin sebelum rehat separuh masa pertama. Saya bercakap begini kerana saya tahu pemain-pemain United memiliki naluri menjaringkan gol,” kata­nya.

Pada masa sama, pengendali dari Belanda itu lega kerana Uni­ted masih mampu mengekalkan aksi konsisten meskipun berehat panjang sebelum ini bagi memberi laluan kepada saingan Piala Dunia 2022.

“Saya gembira kerana kembali dengan keputusan positif selepas rehat Piala Dunia. Mungkin ada sedikit penurunan dari segi prestasi kerana saya tidak dapat guna beberapa pemain akibat kecederaan,” ujar Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI