fbpx

Empat aspek utama perkasa pembangunan lestari luar bandar – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA –  Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menekankan empat aspek utama untuk memperkasa pembangunan lestari luar bandar yang lebih inklusif demi memastikan kesejahteraan masyarakat di desa dan wilayah.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran di Facebooknya memberitahu, empat aspek berkenaan adalah peningkatan tadbir urus atau tata kelola yang baik lagi efisien di peringkat kawasan setempat, daerah, dan wilayah dengan menghubungkan sektor swasta, masyarakat sivil dan agensi kerajaan yang strategik.

Kata Timbalan Perdana Menteri itu juga, ia perlu melibatkan pembangunan sektor-sektor produktif yang merujuk kepada bidang pertanian, industri bukan pertanian, perlombongan, pelancongan, sumber alam semula jadi, pengurusan alam sekitar dan sebagainya.

“Pembangunan institusi dan keupayaan beberapa bidang tujahan termasuk bidang pendidikan, latihan, kesihatan, penyelidikan lanjutan, pemasaran, simpanan dan kredit, pengangkutan, alam sekitar dan sebagainya.

“Pembangunan infrastruktur desa termasuk jalan-jalan raya, elektrik, telekomunikasi, perumahan, air, kesihatan awam dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, semua naratif, definisi, preskripsi, deskripsi mengenai ciri pembangunan desa dan wilayah perlu dihalusi kerana ini akan mempengaruhi wacana dan naratif masyarakat desa.

“Penegasan ini penting untuk menyerlahkan kualiti inklusif yang merupakan bahagian daripada entiti masyarakat yang lebih besar yang perlu diberikan keutamaan berterusan oleh agensi, kementerian dan masyarakat.

“Hal ini juga untuk memastikan imperatif konsep desa yang pernah saya kemukakan sebelum ini bergerak sejajar dengan misi dan visi kementerian,” ujarnya.

Katanya, ini adalah tanggungjawab kepada semua pihak bagi memastikan kelestarian pembangunan desa dan wilayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI