fbpx

Dipukul objek keras di kepala punca budak 4 tahun maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA yang mati disyaki didera ahli keluarganya sendiri di Johor Isnin lalu.

JOHOR BAHRU – Punca kematian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang dilaporkan maut akibat didera pada Isnin lalu disahkan berpunca akibat mangsa dipukul dengan objek keras pada bahagian kepala.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, perkara itu disahkan doktor pakar yang menjalankan bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Sultan Ismail (HSI) semalam.

Menurut beliau, selain itu, hampir keseluruhan bahagian tubuh badan mangsa turut dicederakan termasuklah terdapat kesan calar dan gigitan.

“Setakat ini, polis telah memanggil 10 individu terdiri daripada ahli keluarga dan lain-lain individu berkenaan. Kita juga akan memanggil lebih ramai individu untuk membantu siasatan.

“Sementara itu, tempoh tahanan reman terhadap lima suspek yang akan berakhir Sabtu ini akan disambung sehingga siasatan selesai,” katanya.

Berita berkaitan: Kanak-kanak 4 tahun mati disyaki didera

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi (Suksis) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari.

Pada majlis itu, seramai 103 mahasiswa daripada UTM dan UTHM telah ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa Siswi (Suksis).

Terdahulu, pada Isnin lalu, mangsa yang dikenali sebagai Lokman dilaporkan telah meninggal dunia selepas empat hari dirujuk ke HSI akibat pengsan di kediaman keluarganya dekat Senggarang, Batu Pahat.

Siasatan awal mendapati terdapat banyak kesan kecederaan baru dan lama di tubuh badan kanak-kanak berkenaan termasuk kesan dicucuh besi panas pada kemaluannya.

Siasatan juga dipercayai telah didera sejak September lalu selepas kedua ibu bapanya dimasukkan ke Penjara Simpang Renggam, Kluang kerana kesalahan penyalahgunaan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI