SEKALI lagi cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob meraih kecaman gara-gara didakwa tiada adab ketika menyediakan manisan meja yang diberikan sentuhan khas untuk tetamunya, baru-baru ini.
Ada yang mengkritik caranya menutup aksi membuat ‘Sweet Table’ itu seperti mahu memberi makan ayam, tidak kurang memintanya menggunakan pinggan atau bekas berbanding menghias manisan terus di atas meja.
Begitupun, penyanyi yang digelar Abang Asmara itu tidak melatah, sebaliknya mengatakan semua itu sebagai seni hiasan hidangan yang sudah dilakukan sejak lapan tahun lalu.
Katanya, dia melapik meja tersebut dengan kertas pembakar selain membuat lakaran serta lukisan berasaskan manisan tersebut mengikut kaedah yang dirasakan sesuai dengan tema.
Bagi Mizz Lahar, kita pun jangan terbawa-bawa perasaan setiap kali bagi komen malah kalau tengok video itu semula bukannya Fazley menabur manisan atas lantai.
Mizz Lahar pun suka tengok sifat tenangnya berdepan situasi sebegini tanpa perlu menuding kepada mereka yang mengecamnya. Bak kata Fazley, siapalah dia tanpa netizen.
Mizz Lahar: Berani seorang artis muda ni sampai sanggup sambar bakal menantu selebriti.