fbpx

Cristiano Ronaldo paling popular berbanding Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronaldo (kiri) kini mempunyai 523,049,643 pengikut di Instagram ketika ini.

PETALING JAYA – Kapten pasukan bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo atau CR7 masih menjadi atlet terkenal di laman sosial Instagram jika dibandingkan dengan seteru rapatnya juga kapten pasukan Argentina, Lionel Messi.

Melalui satu carian Sosialtracker, Ronaldo sehingga kini sedang menduduki tangga ke dua daripada top 50 pengikut paling ramai di Instagram apabila mencatatkan 523,049,643 pengikut.

Manakala Messi pula mengikut rapat di tangga ke tiga apabila mempunyai 410,296,179 pengikut setakat ini.

Ronaldo dan Messi masing-masing merupakan pemain bola sepak yang mempunyai pengikut yang ramai jika dibandingkan dengan selebriti hiburan yang lain.

Turut tersenarai dua lagi bintang bola sepak dunia iaitu, pemain Brazil, Neymar Junior di tangga 20 dengan 199,217,915 pengikut manakala pamain antarabangsa Perancis, Kylian Mbappé berada di tangga ke-36 dengan 90,416,091 pengikut setakat ini.

Lagenda England dan Real Madrid, David Beckham juga tidak ketinggalan walaupun sudah bersara dalam dunia bola sepak apabila berada pada kedudukan ke-46 carta dengan mempunyai 76,630,129 pengikut di Instagramnya.

Terdahulu, Messi yang bermain untuk kelab PSG itu telah berjaya membantu pasukan negaranya menjuarai Piala Dunia 2022 di Qatar bulan lalu.

Dalam pada itu, Ronaldo yang kini berusia 37 tahun hanya mampu membantu pasukan Portugal layak ke suku akhir kejohanan tersebut sebelum tewas kepada Morocco. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI