CABARAN Liga Fantasi Kosmo! semakin dirasai pada aksi minggu ke-18 (GW18) dengan 10 perlawanan menarik bakal memberi cabaran tersendiri buat para pengurus FPL.
Selepas Fantasy Premier League berehat lebih sebulan kerana memberi laluan kepada Piala Dunia 2022, para pengurus berdepan tugas getir untuk membentuk pasukan mantap dengan jadual perlawanan GW18 sukar dijangka.
Antara yang sukar adalah rekod pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal yang tidak begitu baik setiap kali bertemu Brighton dan mungkin pengurus perlu waspada dalam menyenaraikan pemain The Gunners.
Namun, untuk keselamatan bagi meraih mata tertinggi, pemain dari pasukan Manchester City, Manchester United dan Liverpool boleh diambil pada perlawanan kali ini.
PENJAGA GOL
ALLISON akan terus menjadi sandaran utama Jurgen Klopp untuk beraksi pada pertemuan menentang Leicester awal pagi esok. Pemain antarabangsa Brazil itu cemerlang menyumbang 68 mata sepanjang musim ini.
PERTAHANAN
CANCELO dianggap sebagai penyumbang mata buat pengurus FPL. Berdepan Everton juga nampak mudah selepas pasukan lawan gagal menang pada tiga aksi terakhir.
TENGAH
BINTANG antarabangsa England ini, Rashford semakin menunjukkan prestasi konsisten bersama skuad The Red Devils. Dia bakal menjadi jentera utama buat skuad kendalian Erik Ten Hag untuk merekodkan kemenangan ke-10 musim ini.
PENYERANG
HAVERTZ dilihat ‘lambat panas’ pada kempen EPL musim ini. Namun, dia semakin menemui prestasi apabila menjaringkan sgol dan mencipta satu peluang jaringan pada aksi bertemu Bournemouth awal minggu ini.
KAPTEN
HAALAND menjadi pilihan pertama pengurus FPL musim ini berikutan prestasi luar biasa. Penyerang antarabangsa Norway ini dijangka tidak berdepan kesukaran apabila bertemu Everton nanti. – KOSMO! ONLINE