fbpx

Bekas ADUN Lanchang dilantik Yang Dipertua DUN Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Sharkar dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang bagi penggal ke-15 hari ini.

KUANTAN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang bagi penggal ke-15.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengusulkan Mohd. Sharkar dipilih dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan, Datuk Seri Mohd Soffi Abd. Razak.

Pelantikan Mohd. Sharkar itu bagi menggantikan Yang Dipertua DUN sebelum ini, Datuk Seri Ishak Muhammad.

Manakala ADUN Bilut, Lee Chin Chen pula dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua baharu bagi menggantikan bekas ADUN Jenderak, Datuk Seri Muhamed Jaafar.

Wan Rosdy berkata, beliau yakin Mohd Sharkar mampu menggalas tanggungjawab dan menguruskan perjalanan DUN dengan baik dan penuh dedikasi seperti mana yang telah dilakukan speaker DUN pada penggal-penggal sebelum ini.

“Saya dengan rasa sukacita dan berbesar hati juga merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada mantan Yang Dipertua dan mantan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang atas segala jasa dan sumbangan besar menguruskan perjalanan Dewan yang mulia ini dengan penuh bijaksana, adil dan saksama.

“Sesungguhnya budi dan jasa Datuk Sri Ishak dan Datuk Seri Muhamed akan sentiasa dikenang dan dijadikan tauladan kepada kita semua. InsyaAllah,” katanya.

Wan Rosdy dalam ucapannya juga memberi keyakinan bahawa Chin Chen berupaya melaksanakan tugas sebagai timbalan Speaker dengan baik dan cemerlang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI