fbpx

Avatar 2, Top Gun, Wakanda Forever ungguli filem pilihan 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA naskhah yang berada di kedudukan teratas sebagai filem terbaik dan pilihan ramai 2022.

TAHUN 2022 bakal berlalu dengan 1,000 kenangan dalam beberapa hari sahaja lagi. Perihal tersebut turut menyaksikan kejayaan dalam dunia sinematik global termasuk tanah air.

Dua tahun terkebelakang, industri perfileman dicacatkan dengan pandemik Covid-19, namun kembali bernafas perlahan-lahan bermula tahun ini.

Tahun 2022 juga melakar sejarah tersendiri dalam persada filem tempatan apabila filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan meroket di tangga pertama dalam senarai filem terlaris sepanjang zaman dengan kutipan hampir mencecah RM100 juta.

Bagi meraikan semangat dunia perfileman tanah air, HibGlam merangkumkan lima filem pilihan teratas tahun 2022 sebagai tiupan semangat buat golongan kreatif menzahirkan lebih banyak karya berkualiti menjelang 2023.

Avatar 2: Way of Water

Masih lagi hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia, Avatar 2 The Way of Water berada di posisi teratas filem pilihan HibGlam 2022.

Selepas 13 tahun filem edisi pertama Avatar ditayangkan, sutradara James Cameron sekali lagi membuktikan kepada dunia ‘tangannya’ masih tersemat magis luar biasa.

Avatar 2 memberi lembaran atau dimensi baharu dalam dunia perfileman antarabangsa, sama dampak seperti ditinggalkan sekuel. Bukan hanya gemilang dari segi komersial, setakat artikel ditulis, filem tersebut telah mencatat jumlah kutipan antabangsa lebih AS$1 bilion (RM4.4 bilion), bahkan karya dibarisi Sam Worthington dan Zoe Saldaña itu turut dijangka mendominasi pencalonan Academy Awards yang dijadualkan berlangsung Mac 2023.

Ketika ramai berasakan Avatar 2 tidak lagi relevan dek terperam terlalu lama, namun tontonlah demi menilai sendiri kritikan sebegitu.

Top Gun: Maverick

Penulis bukanlah peminat filem bergenrekan dunia penerbangan atau aviation, namun perkara tersebut berubah selepas menonton filem pecah panggung 2022, Top Gun: Maverick lakonan aktor berpengalaman, Tom Cruise.

Seperti Avatar 2, Top Gun: Maverick turut berjaya dalam segi jualan atau komersial. Filem sentuhan Joseph Kosinski itu berjaya memungut kutipan panggung berjumlah AS$1.5 bilion (RM6.6 bilion), sekali gus terjulang di kedudukan teratas filem terlaris 2022.

Filem lakonan Tom Cruise berkenaan turut menjadi pilihan pengkritik filem antarabangsa untuk menerima pencalonan Academy Awards, terutama dari sudut teknikal seperti aksi, sinematografi dan sudah tentu, lakonan hebat Cruise kembali menghidupkan karakter Pete ‘Maverick’ Mitchell selepas 36 tahun edisi pertama diterbitkan.

Black Panther: Wakanda Forever

Penulis merupakan antara jutaan ‘MCU fanboys’ (peminat) dan Black Panther: Wakanda Forever terus menguatkan status tersebut. Dari segi naratif atau plot penceritaan, teknik janaan komputer (CGI), terjemahan karakter dan skor muzik, itulah naskhah yang memberi nilai kesempurnaan buat pencinta filem.

Mungkin ramai sudah tidak ‘berselera’ mahu mengetahui perkembangan naratif Black Panther selepas heronya, Chadwick Boseman meninggal dunia pada 2020. Sungguhpun begitu, galaksi Wakanda itu luas dan hidup perlu diteruskan. Itulah dilakukan Marvel dalam Wakanda Forever.

Apa yang akan berlaku selepas ini apabila Shuri menggantikan mendiang abangnya sebagai Black Panther?
Adakah legasi T’Challa akan diteruskan dengan kelahiran anaknya yang dipaparkan dalam filem berkenaan. Itu semestinya akan terjawab dalam filem-filem Marvel akan datang.

Rahim was a commanding presence on-screen as the flawed patriarch, being witty, poignant, and broken. Photo: Handout

Spilt Gravy on Rice

Dalam hati, memang susah menafikan betapa penulis terkesima dengan kualiti Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32), Spilt Gravy on Rice. Kendatipun kurang mendapat sambutan segi komersil (namun kini sudah boleh ditonton menerusi Netflix), filem sulung arahan Zahim Albakri ternyata terkandung kualiti yang sukar dipertikaikan. Jika tidak, masakan filem dibarisi pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali, Juliana Ibrahim dan Sean Ghazi tersebut diangkat sebagai filem terbaik.

Paling melegakan dalam Spilt Gravy adalah kejujuran menerusi lakon layar, skrip dan permainan karakter. Barangkali filem terbabit terlalu terbuka menyentuh beberapa hal yang disifatkan ‘taboo’ (larangan) di Malaysia, namun jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Mechamato Movie

DENGAN purata markah 8/10, kesempatan menonton Mechamato Movie terasa berbaloi harga tiket yang dibeli. Mechamato arahan Nizam Razak dan terbitan Animonsta Studios ternyata punya kualiti bukan sahaja dari segi jalan cerita, animasi dan karakter, filem tersebut mencetuskan fenomena, bukan sahaja tidak sahaja kepada kanak-kanak bahkan orang dewasa.

Sejujurnya, penulis tidak pernah mengikuti animasi Mechamato, namun sangat memandang tinggi jenama animasi tempatan jenama seperti BoboiBoy dan Upin & Ipin. Mechamato membuktikan Malaysia jauh ke hadapan dalam cabang animasi dan hal sama diakui hingga ke Indonesia.

Nikmati dan jangan terus berlalu apabila cerita sudah habis. Tunggu post-credit kerana ada sesuatu yang akan membuatkan ramai tertanya-tanya kesinambungan selanjutnya nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI