fbpx

Amaran hujan berterusan di Sarawak bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di persisiran utara dan tengah Sarawak pada 30 hingga 31 Disember ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjelaskan, keadaan tersebut berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan berkenaan.

Menurut MetMalaysia, angin kencang timur laut juga dijangka memasuki rantau negara bermula esok, 30 Disember 2022 dan berpotensi membawa angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

“Sehubungan dengan itu, MetMalaysia telah mengemaskini amaran hujan berterusan melibatkan negeri Sarawak berkuat kuasa pada 30 hingga 31 Disember 2022.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 5 Januari 2023,” jelasnya di Facebook, sebentar tadi.

Tambah MetMalaysia, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI