fbpx

Wawa Zainal ‘seram’, netizen tentukan syurga, neraka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar komen seorang netizen yang menentukan syurga neraka.

PETALING JAYA – Pelakon yang juga usahawan popular, Wawa Zainal menyelar tindakan netizen sewenang-wenangnya menentukan kedudukan syurga dan neraka ke atas dirinya.

Menerusi perkongsian dalam InstaStory miliknya, Wawa atau nama lengkapnya Nuru Hawa Zainal Abidin memuat naik tangkap layar komen ditinggalkan seorang individu yang menegur dia memuat naik video anak perempuannya.

Dalam komen tersebut, individu itu mengecam dan menjatuhkan hukum bahawa perlakuan isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu mendorong dirinya masuk neraka.

“Allah akan membalas setiap apa yang kita buat di atas muka bumi ini. Atas dunia bolehlah beri 1,001 alasan. Di akhirat nanti mana mahu lari?

“Neraka tunggu penghuninya. Nak ke neraka silakan. Siapa yang ingin terus lalai di dunia. Kalau nak ke syurga ikut cara nabi,” tegur individu tersebut.

Enggan berdiam diri, Wawa kemudiannya memberikan respons balas dengan melabelkan individu terbabit sebagai ‘ahli syurga’.

Pelakon filem Sabda Kekasih itu turut mengakui takut dengan sikap netizen hari ini apabila boleh menentukan nasib syurga dan neraka seseorang.

“Iyalah, kau seorang sahaja ahli syurga. Takutlah netizen sekarang. Siap tentukan syurga ke neraka,” balas Wawa dengan nada sindiran.

Sebelum ini Wawa dikecam hebat apabila memuat naik video menunjukkan anak keduanya, Hayla Magrifatul Adzkiyaa berdandan menyerupai watak siri Netflix popular, Wednesday Adams.

Timbul isu kerana Wawa menggunakan lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga sebagai muzik latar yang dikatakan tidak sesuai bagi orang beragama Islam.

Rata-rata netizen menegur dan menasihati Wawa supaya lebih peka dan sensitif serta mengkaji dahulu maksud lirik lagu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI