fbpx

Turkiye temui rizab gas asli baharu di Laut Hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal gerudi Fatih meninggalkan Pelabuhan Trabzon menuju ke Laut Hitam di timur laut Turkiye pada 26 Jun 2020. - AA

ANKARA – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan penemuan baharu gas asli sebanyak 58 bilion meter padu di Laut Hitam, lapor portal berita TRT semalam.

“Kapal gerudi milik negara, Fatih, telah menemui 58 bilion meter padu rizab gas asli yang terletak 3,023 meter di bawah laut di blok Caycuma-1,” kata Erdogan selepas mesyuarat kabinet kelmarin.

Sambil menegaskan bahawa rizab gas asli Turkiye di Laut Hitam kini berjumlah 710 bilion meter padu dengan nilai pasaran AS$1 trilion (RM4.42 trilion), Erdogan berkata, matlamat utama negara tersebut adalah untuk mengisytiharkan ia bebas daripada penggunaan minyak dan gas asli dari negara asing secepat mungkin.

“Dengan penemuan baharu kami di Caycuma-1, rizab gas Turkiye di Laut Hitam telah meningkat sebanyak 170 bilion meter padu menjadi 710 bilion meter padu.

“Penjelajahan baharu kami akan membuka jalan bagi penerokaan serupa dalam bidang geologi lain yang bersebelahan dengan rantau ini. Kami akan melancarkan aktiviti penggerudian baharu secepat mungkin,” tambah Erdogan.

Jelas Erdogan, blok Caycuma-1 yang baru ditemui itu akan disambungkan ke blok Sakarya dan dari sana, menuju ke grid nasional. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI