PETALING JAYA – Aktor popular Beto Kusyairy yang berangkat ke Tanah Suci semalam bagi mengerjakan ibadah umrah memohon doa daripada orang ramai agar semua urusannya dipermudahkan di sana.
Beto atau nama penuhnya, Nurkusyairy Zakuan Osman, 42, menerusi perkongsian Instagram selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama isteri, Tisha Sahar.
“Bismillah Allahuakbar. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu.
“Ampun maaf bagi segala salah silap saya selama di sini. Mohon doakan kelancaran dan segala ibadah diterima serta mendapat keberkatan-Nya. Ada umur kita jumpa lagi,” katanya ringkas.
Dalam pada itu, kelihatan beberapa rakan selebriti turut berada di lapangan terbang sebelum keberangkatan pelakon filem Kebangkitan Pahlawan: Mat Kilau itu ke Tanah Suci.
Antaranya Azhan Rani, Fikhree Bakar, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.
Difahamkan, aktor terkenal yang juga pelakon filem Mat Kilau, Datuk Adi Putra turut berangkat menunaikan ibadah umrah semalam. – KOSMO! ONLINE