fbpx

Taman tema air Kepala Batas diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penutupan operasi aktviti hiburan taman tema air di Kepala Batas, Seberang Perai Utara di sini yang tular di media sosial hari ini.

SEBERANG PERAI – Taman tema air Bertam Resort & Water Park di Kepala Batas di sini diarah tutup sementara bermula hari ini susulan tidak mendapat kelulusan dan lesen operasi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Penutupan premis itu dijalankan oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sini pagi tadi.

Berdasarkan notis yang ditampal di pintu masuk taman tema terbabit, penutupan operasi aktiviti hiburan di premis itu dibuat mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Mengikut notis berkenaan, premis di Jalan Bertam itu ditutup atas sebab mengadakan hiburan (taman tema air) tanpa lesen dan melanggar peraturan enakmen hiburan dari pegawai pelesen MBSP.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 27 saat memaparkan pengunjung berkumpul di hadapan pintu masuk taman tema air terbabit.

Menerusi video sama, tindakan penguatkuasa terbabit didakwa menganiayai pengunjung sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai yang datang sempena cuti sekolah.

Taman tema yang bernilai kira-kira RM90 juta itu mulai beroperasi pertengahan bulan ini atas tanah seluas lebih lapan hektar milik The Maritime Water Front Suites Sdn. Bhd.

Sebelum ini, projek terbabit dilaporkan tertangguh sejak lebih tiga tahun lalu akibat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan termasuk Covid-19. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI