fbpx

Syabu RM11.5 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahaya (tengah) menunjukkan barang rampasan pada sidang akhbar di IPK KL, hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan dua individu yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dengan rampasan sebanyak 320kg syabu bernilai RM11.5 juta menerusi Op Lambkin di sebuah rumah teres sekitar Setiawangsa, di sini, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, dalam serbuan sekitar pukul 5.40 petang itu, sebanyak 13 guni berisi 310kg bungkusan Teh Cina Guanyingwang berwarna kuning keemasan dan hijau disyaki mengandungi bahan terlarang tersebut.

“Dua lelaki terbabit masing-masing berusia 29 tahun dan 34 tahun ditangkap di sebuah rumah teres sekitar Setiawangsa yang dijadikan stor simpanan dadah.

“Suspek pertama yang bekerja sebagai jurujual kereta mempunyai satu rekod kes dadah dan tiga kes jenayah curi manakala, keputusan air kencing menunjukkan suspek positif dadah.

“Seterusnya, suspek kedua berniaga secara atas talian mempunyai tiga kes dadah dan satu kes jenayah namun, suspek negatif dadah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pagi ini.

Dalam pada itu, polis juga menyita sebuah kereta jenis Toyota Vios dianggarkan bernilai RM20,800.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula Ahad lalu sehingga Sabtu depan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” jelasnya.

Katanya, pihak polis sentiasa terbuka untuk menerima sebatang maklumat berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah serta mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak.

“Orang awam boleh hubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 013-2115999 dan melalui hotline aplikasi Whatsapp JSJN Bukit Aman di talian 012-2087222,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN