fbpx

Skuad B-17 kebangsaan lega Thailand jadi tuan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSMERA mempunyai masa hampir lima bulan untuk membuat persiapan ke atas skuad B-17 kebangsaan bagi menghadapi Piala Asia B-17 2023. - FAM

SKUAD bawah 17 (B-17) kebangsaan boleh menarik nafas lega selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan Thailand menjadi tuan rumah pe­nganjuran Piala Asia B-17 2023.

Skuad muda Harimau Malaya telah layak ke Piala Asia B-17 secara merit selepas mengungguli Kumpulan B dengan dengan menewaskan Palestin, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan tuan rumah, Indonesia pada aksi kelayakan, Oktober lepas.

Kini, skuad kendalian Osmera Omaro itu mempunyai masa hampir lima bulan untuk membuat persiapan sebelum mengharungi kejohanan remaja berprestij Asia yang dijadualkan berlangsung pada Mei nanti.

Pengurus skuad B-17 kebangsaan, Christopher Raj mengesahkan beberapa perancangan awal telah dibuat dalam usaha memberikan pendedahan terbaik buat anak-anak buahnya nanti.

“Saya gembira apabila kita tidak perlu merantau jauh bagi mengharungi kejohanan Piala Asia B-17 nanti selepas tuan rumah menjadi milik Thailand.

“Justeru, saya telah melakukan persiapan awal dengan pasukan akan mengadakan kem latihan pusat di Qatar untuk mengharungi beberapa siri persahabatan di sana penghujung bulan depan.

“Kemudian, kita juga akan merangka kem latihan di Thailand pada Mac disusuli siri jelajah terakhir di Jepun pada April nanti sebagai persiapan buat pasukan sebelum mengharungi kejohanan sebenar,” katanya.

Ini adalah kali keenam skuad B-17 negara layak ke pentas Piala Asia B-17 selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2018 selaku tuan rumah.

Pencapaian terbaik skuad muda Harimau Malaya di saingan belia berprestij itu adalah pada edisi 2014 ketika mara ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Australia 1-2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI