fbpx

Skrin melengkung, berdaya tahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TELEFON pintar ini juga mempunyai ketahanan skrin yang cukup mengagumkan setelah melalui pelbagai ujian ketahanan.

MUTAKHIR ini, Honor dilihat semakin aktif dalam pengeluaran telefon pintar setelah jenama itu melancarkan beberapa peranti terkini di pasaran bagi tahun ini.

Malah, untuk tahun depan, Honor juga terus bergerak ke hadapan apabila akan melancarkan telefon pintar terkini mereka iaitu Honor X9a 5G pada 4 Januari ini.

Peranti ini mengetengahkan kualiti flagship yang diinginkan pengguna dan ini kali pertama telefon midrange Honor dilengkapi skrin melengkung yang mana ciri ini kebiasaannya ada pada peranti kelas flagship.

Telefon pintar ini dilengkapi skrin melengkung OLED 6.67 inci dengan lengkungan 45 darjah.

Peranti ini juga dilengkapi dengan paparan 1.07 bilion warna dan menjadikan setiap warna menyerlah serta menarik untuk memberikan pengalaman tontonan yang mengasyikkan.

Tontonan skrin di bawah matahari juga jadi menyeronokkan dengan kecerahan sehingga 800nit dan ditambah dengan kadar segar semula skrin 120Hz serta kadar pensampelan sentuhan 300Hz.

Sementara itu, peranti ini juga mempunyai ketahanan skrin yang cukup mengagumkan setelah melalui pelbagai ujian ketahanan.

Ini kerana, peranti ini menggunakan skrin super reinforced setebal 0.65mm agar lebih kukuh dan berdaya tahan apabila terjatuh berbanding kaca 0.5mm yang biasa digunakan di pasaran.

Ketahanan peranti ini terbukti menerusi beberapa eksperimen di ujian makmal dan antaranya adalah dengan berulang kali menjatuhkan peranti ini ke atas lantai batu mamar dan konkrit dari ketinggian satu meter.

Selain itu, peranti ini juga menjadi model pertama Siri X yang menyokong ciri kolaboratif pelbagai skrin Honor untuk membolehkan sambungan dengan komputer riba jenama tersebut bagi memudahkan tugasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI