fbpx

Sesi persekolahan Terengganu tetap bermula 1 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian sukarelawan membersihkan Sekolah Kebangsaan Kampung La, Besut hari ini.

BESUT – Sesi persekolahan di Terengganu akan tetap bermula pada Ahad ini mengikut jadual ditetapkan Kementerian Pendidikan.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Abdul Muie Ngah berkata, buat masa ini tiada sebarang keperluan untuk penangguhan sesi persekolahan secara bersemuka di Terengganu.

“Sebanyak 74 buah sekolah yang terjejas akibat banjir buruk berlaku di seluruh Terengganu baru-baru ini dan proses pembersihan pasca banjir telah selesai.

“Kita optimis sesi persekolahan secara bersemuka di negeri ini dapat dijalankan mengikut jadual asal bermula 1 Januari ini,” katanya di sini hari ini.

Abdul Muie berkata, kesemua 74 sekolah itu telah dibersihkan secara gotong-royong dengan bantuan agensi kerajaan, syarikat swasta serta sukarelawan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, proses pembersihan juga telah dijalankan di 143 sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

“Antara peralatan sekolah yang banyak rosak akibat banjir ialah kerusi, meja dan buku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN