fbpx

Semua PPS ditutup, tiada lagi mangsa banjir di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk di Kampung Serongga, Pasir Mas menjemur kelengkapan rumahnya yang rosak akibat banjir minggu lalu.

KOTA BHARU – Pusat pemindahan sementara (PPS) Tarbiah Nasrulllah Pohon Buluh, Pasir Mas dekat sini menjadi pusat pemindahan terakhir yang menempatkan mangsa banjir ditutup di Kelantan hari ini.

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata, PPS itu menjadi tempat berlindung kepada 17 mangsa banjir daripada lima buah keluarga sejak lebih seminggu lalu.

Menurutnya, PPS Sekolah Kebangsaan Banggol Chicha di sini yang menempatkan seramai 14 orang mangsa membabitkan tujuh buah keluarga ditutup sepenuhnya petang tadi.

“Selain itu, paras air di sungai-sungai utama di Kelantan iaitu Sungai Pergau, Sungai Lanas, Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Semerak dan Sungai Lebir ketika ini berada pada paras normal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Sebelum ini, sembilan daripada 10 buah daerah di Kelantan terjejas ekoran hujan lebat dan banjir yang melanda dalam tempoh dua hari bermula 18 Disember lalu.

Sepanjang tempoh 10 hari, sebanyak 135 buah PPS dibuka di Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Kuala Krai, Jeli, Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu terjejas banjir.

Paling ramai mangsa banjir dalam tempoh itu adalah seramai 32,089 orang daripada 9,542 keluarga pada 21 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI