fbpx

Polis siasat penemuan longgokan perhiasan ayat al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LONGGOKAN perhiasan ayat suci al-Quran yang ditemui di kawasan tempat pembuangan sampah haram. FOTO NOR SHAFAWATI YUP.

SEREMBAN – Satu kertas siasatan berhubung penemuan longgokan perhiasan mengandungi ayat suci al-Quran di kawasan Perindustrian Arab Malaysian, Nilai di sini semalam telah dibuka oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, polis masih mengesan individu yang terlibat dalam kes itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah menerima laporan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkenaan penemuan longgokan perhiasan dinding ayat al-Quran itu pada pukul 6.45 petang.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari cawangan khas telah ke lokasi kejadian dan telah menemukan longgokan perhiasan dinding yang mengandungi ayat suci al-Quran dalam bentuk berbingkai dan tidak berbingkai dibuang oleh individu masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mat Ghani, hasil perbincangan dengan JHEAINS dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), longgokan itu telah dikumpulkan dan akan dilupuskan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi di Seremban mengikut hukum syarak.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara itu diharapkan dapat menyalurkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Semalam Kosmo! melaporkan, kesucian ayat suci al-Quran tercemar apabila ditemui dalam longgokan dipercayai dibuang oleh pihak industri di kawasan tempat pembuangan sampah haram di Jalan P/AM 2 Kawasan Perindustrian Arab Malaysia, Nilai di sini semalam.

Setakat ini, longgokan kira-kira hampir tujuh tan itu akan ditempatkan sementara di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi di Seremban sebelum dilupuskan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI