fbpx

Penulen udara dengan lima jenis penapis berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENULEN udara pintar serba baharu yang canggih ini terbukti dapat mengurangkan zarah halus seperti virus dan bakteria.

BERBICARA tentang kualiti kebersihan udara di dalam bangunan, ia juga tidak kurang pentingnya, bahkan udara itu mungkin dua hingga lima kali lebih tercemar daripada udara luar.

Ini disebabkan udara dalaman yang tidak banyak beredar, lebih-lebih lagi dengan tahap pengudaraan yang kurang baik.

Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan banyak bahan cemar bawaan udara seperti habuk, bulu haiwan peliharaan, debunga, virus dan bakteria lain terus hidup di ruang dalam bangunan.

Hakikat itulah yang memerlukan usaha untuk kita memastikan udara yang lebih sihat dan bersih.

Salah satu cara untuk mendapatkan udara yang lebih berkualiti adalah dengan menggunakan penulen udara.

Penulen udara pintar serba baharu Coway Noble yang canggih dari segi teknologi terbukti dapat mengurangkan zarah halus seperti virus dan bakteria.

Antara ciri-ciri yang menjadikan penulen udara ini begitu unik dan berkesan ialah teknologi penapis Double HEPA yang terbukti dapat membasmi sehingga 99.999 peratus varian Omicron SARS-CoV-2, Koronavirus Manusia (HCoV-OC43), dan virus Influenza A virus (H1N1).

Selain itu, penapis Double HEPA Coway diperkasa dengan tambahan lapisan antibakteria dan lapisan antikulat yang menyediakan perlindungan berganda.

Produk ini juga dilengkapi dengan lima jenis penapis berbeza dan disokong oleh pensterilan UVC yang merupakan sebahagian daripada sistem penapis enam langkah unik yang terbina di dalam penulen udara itu.

Penulen udara rekaan unik ini memberikan aliran udara berterusan yang amat tulen, bersih dan paling penting, selamat.

Dalam pada itu, penulen udara ini juga menggunakan penapis 4D pertama sepertinya dengan tahap penulenan 360 darjah yang direka khas untuk memerangkap, membersihkan dan mengalirkan udara dari setiap arah.

Penulen udara ini juga menggabungkan teknologi pintar terkini dengan melaporkan kualiti udara secara langsung.

Petunjuk nyalaan LED pada bahagian atas penulen memaklumkan pengguna menerusi empat warna berbeza berhubung tahap pencemaran udara dalaman semasa.

Warna biru untuk baik, hijau untuk biasa, kuning untuk kurang baik dan merah untuk teruk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI