fbpx

Pembuli jalanan tunjuk isyarat lucah, hayun kayu rotan ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Gara-gara mengugut pemandu lain dengan menghayunkan kayu rotan dan menunjukkan isyarat lucah, seorang pembuli jalanan ditahan dalam kejadian di di jalan SS 8/2 Sungai Way, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkenaan kes pembuli jalan dari mangsa yang merupakan lelaki berusia 27 tahun, Sabtu lalu.

Katanya, kejadian tersebut berlaku ketika sebuah kereta jenis Nissan Sentra dipandu seorang lelaki tidak bergerak apabila lampu isyarat telah hijau dan selepas dihon masih tidak berjalan.

“Suspek telah menurunkan tingkap lalu menunjukkan jari tengahnya kepada mangsa kemudian mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menyuruhnya untuk berhentikan kenderaan.

”Mangsa terpaksa berhentikan kenderaan kerana tidak dapat meneruskan perjalanan ekoran laluan kanannya dihalang oleh pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, mangsa bertindak keluar daripada kereta dan bertemu dengan suspek lalu berlaku pertengkaran.

Menurut Mohamad Fakhrudin, suspek membawa sebatang kayu rotan dan menghayun kearah mangsa bagaimanapun tidak terkena pada mangsa.

“Bertindak atas maklumat, pihak kami telah menahan suspek lelaki tempatan di tepi Jalan Penchala, di sini yang terlibat dengan kes tersebut, sekitar pukul 3.20 petang , kelmarin.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan direman tiga hari sehingga esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN