fbpx

Pelancong kapal persiaran mewah mula memasuki Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saari Basiron menyampaikan cenderamata sewaktu menyambut ketibaan pelancong dari AS yang menaiki kapal persiaran mewah Ocean Odyssey di ICQ, Bandar Hilir, Melaka. FOTO AMRAN MULUP

MELAKA – Kesediaan tiga kapal persiaran mewah dari perairan antarabangsa untuk berlabuh serta menurunkan penumpang di Melaka dijangka dapat memulihkan industri pelancongan di negeri ini bermula awal tahun depan.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, Saari Basiron berkata, setakat ini tiga kapal persiaran mewah yang sudah memaklumkan untuk berlabuh di perairan negeri ini iaitu Silver Spirit dan Coral Geographer masing-masing pada 3 serta 9 Januari.

Bagaimanapun menurutnya, sebuah lagi kapal Ocean Odyssey masih belum memberi tarikh berlabuh.

Beliau berkata, daripada dua kapal persiaran terbabit dijangka kira-kira 400 pelancong asing akan turun untuk melawat tempat-tempat bersejarah dan berbelanja sepanjang tempoh sehari berlabuh sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lain.

“Kehadiran pelancong daripada kapal persiaran mewah menunjukkan tanda-tanda positif sektor pelancongan kembali meriah kerana sudah hampir tiga tahun kita tidak menerima pelancong menggunakan laluan laut disebabkan pandemik Covid-19.

“Hari ini kita mencipta sejarah selepas tiga tahun apabila menerima kira-kira 100 pelancong dari Amerika Syarikat (AS) menaiki kapal persiaran mewah Ocean Odyssey yang singgah di Melaka untuk lawatan secara santai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut kedatangan kira-kira 100 pelancong luar negara yang menaiki kapal Ocean Odyssey di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ)
Banda Hilir di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Saari berkata, pihaknya mengharapkan situasi tersebut akan berterusan tahun depan di mana kita sudah mendapat maklum balas daripada pihak pengusaha kapal persiaran mewah terutama tiga syarikat yang akan singgah serta berlabuh di sini.

Katanya, momentum itu akan terus dikekalkan pihak kerajaan negeri akan terus mengadakan rundingan dengan pemilik kapal terbabit untuk menjadikan Melaka sebagai salah satu destinasi persinggahan
sepanjang tahun 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI