KUALA LUMPUR – National Task Force (NTF) yang mengendalikan Operasi Benteng (Op Benteng) sejak 2020 dibubarkan secara rasmi pada 31 Disember ini.
Perkara itu di umum Panglima Angkatan Tentera (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang selepas penubuhannya selama 2 tahun, 7 bulan dan 25 hari.
Pembubaran itu, diarahkan melalui sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) bilangan 2 tahun 2022 seletah mengambil kira situasi pandemik Covid-19 negara dan dunia semakin terkawal.
NTF mula ditubuhkan pada 6 Mei 2020 melibatkan gabungan daripada 18 agensi penguatkuasa dan keselamatan negara dalam mengekang penularan Covid-19 dalam negara.
Op Benteng ditubuh dibawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, bagi menyekat kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke dalam negara serta mengekang penyebaran wabak COVID-19. – KOSMO! ONLINE