fbpx

Lelaki ‘bertelekung’ didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video lelaki mencuri beg jemaah wanita di masjid

SHAH ALAM – Seorang lelaki bertelekung yang mencuri beg jemaah wanita di dua masjid di daerah ini minggu lalu akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan ke atas suspek berusia lingkungan 20-an itu sudah dilengkapkan pihaknya.

Kata beliau, dua kertas siasatan dibuka dan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Pendakwaan ke atas lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok.

“Ini melibatkan dua pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi dalam bangunan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! pada 23 Disember lalu melaporkan perbuatan jahat seorang lelaki yang sanggup bertelekung untuk mencuri beg jemaah wanita di dua masjid di daerah ini tumpas apabila dicekup polis di sekitar Seksyen 18.

Suspek berusia lingkungan 20-an diberkas kira-kira pukul 12.05 tengah malam selain merampas dua telefon bimbit dipercayai hasil kegiatan jenayahnya itu. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI