fbpx

Kes mayat tanpa identiti tiada kaitan Zalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kes penemuan mayat tanpa identiti di seluruh negara setakat ini didapati tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan bekas pembaca berita, Zalina Shaharah Azman.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama rapat dengan semua kontinjen negeri bagi mengenalpasti identiti mayat individu.

Katanya, penelitian itu melibatkan analisa asid deosiribonukleik (DNA) keluarga Zalina oleh Jabatan Kimia yang diperoleh polis sebelum ini.

“Selain Selangor dan Kuala Lumpur, ia turut meliputi kes penemuan mayat di negeri-negeri lain.

“Namun, pemeriksaan kita sehingga kini mendapati semua mayat itu tidak mempunyai kaitan atau hubung kait dengan Zalina,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, hari ini.

Jelas Mohd. Iqbal, pihaknya belum menemui sebarang petunjuk baharu mengenai kes berkenaan.

“Siasatan bagaimanapun masih tetap diteruskan dan diklasifikasikan sebagai kes Orang Hilang.

“Sebarang maklumat baharu kes itu yang diperoleh akan dimaklumkan kelak,” ujarnya.

Tambah beliau, polis turut meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan kepada pihaknya bagi membantu siasatan.

Pada 6 September lalu, Kosmo! Malaysia melaporkan pemeriksaan polis di rumah Zalina di Seksyen 3 di sini, tidak menemui petunjuk baharu kes kehilangan wanita itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI