fbpx

KBS yakin Yakeb main peranan besar membela atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH menyampaikan cek khairat kematian pada Majlis Penyampaian kepada Waris Atlet Negara di pejabat Yakeb, Kuala Lumpur semalam. – KBSHANNAH menyampaikan cek khairat kematian pada Majlis Penyampaian kepada Waris Atlet Negara di pejabat Yakeb, Kuala Lumpur semalam. – KBS

DEMI memastikan kebajikan atlet kebangsaan terus dibela, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengalu-alukan kerjasama badan korporat untuk menghulurkan sumbangan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).

Hannah berkata, sumbangan badan-badan korporat adalah satu usaha murni membantu bekas atlet yang telah mengerah kudrat dan keringat untuk mengharumkan nama negara.

“Apabila di puncak, atlet kebangsaan banyak memberi sumbangan buat negara, namun bila tua dan sakit, saya yakin Yakeb akan hadir sebagai penyelamat dan membantu mereka.

“Jadi kami memang mengalu-alukan bantuan pihak korporat untuk bantu bersama-sama dengan mereka (Yakeb).

“Sebelum ini juga ada banyak isu yang sudah dibangkitkan oleh atlet mengenai kebajikan mereka terutama dari segi kesihatan apabila mereka sudah tua dan juga dari segi pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Khairat Kematian kepada Waris Atlet Negara di pejabat Yakeb semalam yang turut dihadiri Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed,

Dalam pada itu, Hannah juga berharap Yakeb akan meneruskan dan memperbanyakkan lagi aktiviti membantu bekas atlet pada masa akan datang.

“Tanpa Yakeb sukar untuk kita memberi tumpuan kepada kebajikan bekas atlet kerana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) banyak memberi tumpuan kepada prestasi sukan. Jadi tanpa Yakeb memang kita tidak mampu (mengambil berat soal kebajikan),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI