fbpx

Jumpa najis tikus, lipas di premis makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai MPKS dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor memeriksa salah satu premis makanan dalam operasi tersebut

KUALA SELANGOR – Najis tikus dan lipas antara ditemui di kedai makan di sekitar daerah ini dalam operasi Tom Yam dan premis makanan waktu malam baru-baru ini.

Penemuan itu sekali gus menyebabkan lapan premis diarah tutup 14 hari berikutan tidak mencapai tahap kebersihan memuaskan dalam operasi bermula Mei hingga Oktober lalu.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) berkata, dalam tempoh sama sebanyak 162 kompaun dan 18 notis telah dikeluarkan kepada pengusaha premis makanan.

Katanya, ini hasil pemeriksaan terhadap 77 kedai makan bagi memastikan premis makanan bersih dan selamat untuk dikunjungi orang ramai.

“Pemeriksaan mengejut seperti ini akan diperluaskan lagi untuk tahun seterusnya bagi mengekalkan tahap kebersihan yang baik terhadap pengusaha–pengusaha premis makanan.

“Premis-premis yang telah diarahkan tutup selama 14 hari perlu melaksanakan pembersihan segera secara menyeluruh sebelum dibenarkan beroperasi semula mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MPKS menambah tindakan juga diambil mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKS) 2007 dan Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MDKS) 2007 bagi kes-kes lain.

Jelasnya, operasi dijalankan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor turut mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MDKS) 2007 dan Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI