fbpx

Jet tempur Korea Selatan cuba pintas dron Pyongyang terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah jet tempur KA-1 terhempas di daerah Hoengseong yang terletak 140 km dari timur Seoul. - Yonhap

SEOUL – Dua juruterbang tentera udara Korea Selatan sempat keluar dari jet tempur menggunakan kerusi anjal selepas cuba memintas dron milik Korea Utara sebelum pesawat tersebut terhempas, lapor akhbar Daily Star semalam.

Beberapa jet pejuang dan helikopter dikerah sebagai tindak balas bagi menghalang pencerobohan dron milik Pyongyang ke ruang udara Korea Selatan buat kali pertama sejak 2017.

Beberapa dron difahamkan telah terbang merentasi zon demilitarisasi, kata Ketua Tentera Korea Selatan manakala beberapa laporan mendakwa sebanyak lima dron terlibat dalam insiden itu.

Ekoran itu, beberapa jet pejuang dan helikopter Korea Selatan telah dikerah untuk memintas dron-dron tersebut, namun satu daripadanya difahamkan telah terhempas di daerah Hoengseong yang terletak 140 kilometer (km) dari timur Seoul, lapor agensi berita Yonhap.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kedua-dua juruterbang telah dipindahkan ke hospital berdekatan manakala jet tempur dipercayai jenis KA-1 itu terhempas di sebuah padang.

Punca nahas tersebut bagaimanapun masih belum didedahkan oleh tentera Korea Selatan.

Menurut ABC News, jet-jet Korea Selatan difahamkan telah melepaskan tembakan ke arah dron Korea Utara dalam usaha untuk mengehadkan sebarang ancaman yang mungkin dibawa oleh pesawat tanpa juruterbang itu.

Salah satu dron itu difahamkan terbang melepasi ibu kota Korea Selatan, Seoul, lapor agensi berita News1 Korea walaupun tiada maklumat diberikan berhubung sama ada ia bersenjata.

Penerbangan dari lapangan terbang awam di Incheon dan Gimpo turut digantung buat sementara waktu berikutan insiden itu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI