fbpx

Data peribadi milik 400 juta pengguna Twitter dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggodam mencuri data peribadi pengguna lalu menjualnya di pasaran gelap. – AFP

CANBERRA, AUSTRALIA – Satu laporan mendedahkan dakwaan penggodam-penggodam yang mengakui memiliki data peribadi milik 400 juta pengguna Twitter dan menjualnya di pasaran gelap, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Firma risikan jenayah siber, Hudson Rock berkata, ia mengesan terdapat dalang yang memberi ancaman melakukan kegiatan menjual data pengguna yang dicuri di Twitter.

“Pangkalan data peribadi tersebut mengandungi sejumlah besar maklumat termasuk e-mail dan nombor telefon pengguna-pengguna berprofil tinggi.

“Dalam hantaran tersebut, penggodam mendakwa data-data itu diperoleh pada awal 2022 berikutan kelemahan dalam Twitter ketika itu selain sebagai cubaan memeras ugut Elon Musk untuk membeli data bagi berdepan tuntutan saman di mahkamah,” kata Hudson Rock dalam satu ciapan.

Tambah firma tersebut, meskipun ia tidak dapat mengesahkan dakwaan penggodam mengenai bilangan akaun pengguna, pengesahan bebas bagi data itu sendiri kelihatan asli dan boleh dipercayai.

“Kita telah menyaksikan pencerobohan data seperti ini sebelum (penggodam) mengiklankan maklumat peribadi pengguna untuk dijual yang ternyata sebahagian besarnya adalah tidak benar.

“Penjenayah siber kebiasaannya menggodam sebahagian kecil data peribadi, namun mendakwa mempunyai lebih banyak (data) dalam pangkalan data mereka bagi meningkatkan pembayaran wang ‘tebusan’,” kata penasihat keselamatan siber global, Jake Moore.

Justeru, Moore menasihati orang ramai agar kekal berwaspada terhadap e-mail-email yang berisiko mencuri data serta potensi serangan siber lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI