fbpx

Amaran Hujan Berterusan di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan melibatkan Sarawak berkuat kuasa 30 hingga 31 Disember 2022.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di barat Sarawak dalam tempoh itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan berkenaan.

“Angin kencang timur laut juga dijangka memasuki rantau negara bermula 30 Disember dan berpotensi membawa angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 3 Januari depan.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI