fbpx

Aktiviti makan di sungai penyumbang pencemaran alam, risiko kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian kepala air berlaku di Rimba Cafe Kuala Kedua, Baling, Kedah.

PETALING JAYA – Tindakan pengusaha menjalankan aktiviti perniagaan makanan di sungai boleh menyumbang kepada pencemaran alam serta mengundang bahaya kepada pengunjung sekiranya berlaku kepala air tanpa diduga.

Itu respons Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad selepas satu video dimuatnaik di laman Twitter mengenai aktiviti perniagaan gerai makan di sungai mengundang kerisauan.

Katanya, sebarang aktiviti di sungai perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan boleh dikenakan tindakan jika menyalahi undang-undang.

“Ini bahaya dan menyumbang kepada pencemaran alam. Sebarang aktiviti sungai mesti ikut garis panduan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan patuh Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,” katanya di laman Twitter miliknya.

Beliau telah mengarahkan pihak JPS untuk mengambil tindakan susulan dan memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Rata-rata orang ramai menyatakan tindakan pengusaha menjalankan aktiviti perniagaan makanan di sungai adalah tidak wajar dan seharusnya memilih kawasan lebih selamat buat pengunjung.

“Perkara seperti ini mesti ada pelan. Tempat-tempat yang di luar negara kebanyakannya buat di tempat dan lokasi selamat dan sesuai. Di tempat air yang tenang dan bukan di tempat bukit. Mereka buat empangan yang kecil untuk mengawal arus air. Tak boleh buat macam ini,” kata Hammy.

“Pendapat peribadi kedai makan atau aktiviti seperti itu tidak sepatutnya dapat kebenaran. Jaga sungai, air sungai, air terjun. Kenapa tak boleh berniaga di tepi ataupun zon yang lebih selesa?” kata Raj.

Terdahulu, sebuah video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Liyana berdurasi 46 saat itu memaparkan detik cemas pengunjung ketika kejadian kepala air berlaku di Rimba Cafe Kuala Kedua, Baling, Kedah.

Video berkenaan menerima sebanyak 124,000 tontonan dan 366 ulang ciap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN