fbpx

AirAsia tambah kekerapan penerbangan sempena Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke menunjukkan harga tambang tetap pada majlis pengumuman kadar tambang tetap AirAsia ke Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baharu Cina di AirAsia RedQ Sepang di sini hari ini. FOTO FAUZI BAHARUDDIN

SEPANG – Syarikat penerbangan AirAsia menawarkan tambang penerbangan serendah RM199 bagi laluan Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke Sabah serta Sarawak yang mula dibuka untuk tempahan hari ini.

Tawaran itu dibuat sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina bulan depan membabitkan penerbangan bermula 17 hingga 30 Januari 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Ltd, Bo Lingam berkata, tawaran itu membabitkan laluan Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri serta dari Johor Bahru ke Kuching, Sibu dan Miri dengan tambang RM199 sehala.

Beliau berkata, pihaknya juga menawarkan tambang sehala serendah RM249 bagi laluan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau selain Johor Bahru ke Kota Kinabalu.

“Pada musim perayaan itu, kami akan mengendalikan 52 penerbangan tambahan ke enam destinasi popular di dua negeri itu selain 274 penerbangan mingguan pada tambang biasa ke destinasi sama.

“Sebanyak 25,020 tempat duduk tambahan tersedia ke dua negeri itu bagi tempoh perayaan akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman tambahan penerbangan Air Asia sempena Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Majlis pengumuman tambahan penerbangan dan tambang istimewa itu disempurnakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Katanya, pihaknya sentiasa melakukan yang terbaik bagi meringankan beban penumpangnya biarpun berdepan pelbagai cabaran dalam operasi.

Lingam berkata, sejak dua tahun lalu, industri penerbangan tempatan berdepan situasi sukar dan walaupun ia semakin pulih namun, pihaknya tidak dapat menambah kekerapan penerbangan seperti sedia kala.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan syarikat penerbangan lain untuk turut melancarkan inisiatif sama termasuk mengurangkan tambang penerbangan terutama ketika musim perayaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI